Wednesday 10 August 2011

:: belajarlah dari pengalaman ::

assalamualaikum :)


hey kamu semua.. pengalaman banyak pengajaran kan.. tidakkisah la dalam ape jua yang kite alami.. mesti ade pengajara di sebalik nye.. samada baik ataupun buruk kan.. semua uh amat berbaloi bagi diri kite.. kalau perkara tersebut berulang pasti kite boleh tangani dengan baik kan..


bermula satu cerita..  
pada bulan julai yang lalu,bermula satu perkenalan yang biasa. dimulakan dengan kata" "TAHNIAH".. perkenalan itu pada awal nye adalah biasa sahaja.. perkenalan bertukar menjadi perbualan seterusnya bertukar menjadi persahabatan. mereka mula untuk mengenali. pada mulanya,gadis tersebut enggan untuk berkenalan terlalu jauh supaya mengelakkan pandangan orang terhadap diri nya bersama jejaka tersebut. jejaka itu sangat HOT di kampus mereka.. mungkin sebab itu gadis tersebut enggan menjatuhkan reputasi dan status jejaka itu. tetapi jejaka itu menyatakan die tidak kisah atas semua kata" orang terhdap mereka. jadi,gadis mula menerima persahabatan tersebut.perkenalan itu terus mekar sehingga beberapa hari. kemudian,pada satu masa jejaka tersebut mempelawa gadis untuk menemani nya belajar di perpustakaan. gadis cuba menolak kerana takut akan kutukan gadis" lain di luar sana ..  tetapi untuk menjaga hati jejaka tersebut,dia terima pelawaan nya..


keesokan hari nya,mereka pergi ke perpustakaan bersama". tanpe sedari ,mereka telah memakai pakaian yang sedondon warnanya.. selamba jela.. huhu.. sampai sahaja mereka di perpustakaan,jejaka tersebut membuka setiap pintu untuk gadis tersebut dan mencari tempat untuk mereka duduk. jejaka tersebut menyatakan yang dia mahu bertemu sahabatnya lalu meninggalkan gadis tersebut. gadis itu menyiapkan tugasan nya sehingga selesai. tidak lame lepas itu,jejaka itu kembali. gadis itu memerhatikan jejaka berkenaan. sangat sibuk melakukan tugasan nya. die tidak mahu mengganggu jejaka tersebut ,maka gadis itu mula menghantar SMS kepada rakan dan juga ibunda untuk menghilangkan rasa bosan. jam menunjukkan 12.00 pm. gadis memberitahu kepada jejaka bahawa die ingin pulang untuk mengambil buku" untuk pembelajaran nya pada jam 200pm... 


kadang" kata" jejaka tersebut sedikit mebuka pintu hati gadis itu untuk mempunyai perasaan suke kepada nya. tapi ditahan! tidak sampai satu minggu,jejaka tersebut mula menjauhkan diri tanpa sebarang pesanan atau kata. gadis mula risau lalu menanyakan pada jejaka.tapi tidak ada respon. sampai satu ketika,rakan karib gadis itu memberitahu akan sebab jejaka itu menjauhkan diri.. 
  • kerana gadis tersebut berSMS ketika study(jejaka tersebut meminta menemannya bukan untuk study bersamanya)
  • kerana jejaka itu rasa die sudah tahu gadis itu gadis yang macam mane(mereka kenal tidak sampai setahun pon)
  • macam" alasan yang tidak munasabah.
gadis itu sangat la tersentuh dengan ape yang diceritakan oleh rakan nya. amat terguris tidak terkata. sampai gads tersebut sanggup mendelete semua kenangan dari awal perkenalan mereka.  kalau boleh juga,dia ingin menukar di tempt belajar lain. gadis itu juga mendapat tahu bahawa jejaka itu sebenarnya telah menyukai gadis lain dahulu sebelum mengenali dirinya.


jauh gadis itu memikirkan akan kesilapan dirinya. sangat tidak patut bagi diri nya. lama-kelamaan,gadis itu terima semua itu sebagai dugaan n menerimanya dengan redha.. semakin lama gadis itu mula dapat melupakan jejaka tersebut walaupun mereka kadang" sering bertembung di kampus. tetapi gadis itu akan mencari seribu alasan untuk tidak bertemu nya. sangat sakit bagi gadis itu. :(



MORAL::

  • jangan memberi harapan kepada seseorang
  • jangan menilai seseorang itu sebelum mengenalinya
  • jangan menyalahi tindakan seseorang itu
  • jangan mudah membuka pintu hati untuk orang baru dikenali
  • kalau ade sesiapa yang berkenaan dalam fb anda,unfriend jek.. :D
pesanan kepada jejaka itu:: jangan lah menganggap kekecewaan kamu dahulu membolehkan kamu menyakiti insan yang mungkin akan menyayangi kamu lebih daripada ex kamu itu. :P


hey,belum habis lagi laaa~~ 
hihi.. tapi sambung nanti la.. saya pon da ngantuk niyh.. esok saya sambung lagi cerita pasal gadis uh. okay.. :) <3 <3
selamat malam..







  •